umrah
IATA-01.png
umrah
umrah
umrah
kami adalah ahli
Live Madinah
umrah

Sebarang pertanyaan mengenai pakej umrah kami sila telefon Wakil Umrah :

Hj. Roslee B. Ali

TEL : 012 327 6401, 03 6127 7790, 03 6127 7791

Rossle.Ali@gmail.com

Live Mekah
  • Wakil Umrah Haji Roslee
  • GMAIL-01

Terma dan Syarat

Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Ke Luar Negara Online

 

Pastikan anda tidak disenarai hitam oleh PTPTN, LHDN, perintah mahkamah dan PDRM mahupun diisytihar sebagai bankrap bagi mengelakkan sebarang masalah sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara.

Untuk membuat semakan Senarai Hitam Imigresen dan PTPTN secara Online, sila klik Applikasi Semakan di bawah ini :-

Pengakuan Jemaah

1. Sekiranya saya membatalkan pemergian saya tanpa sebab-sebab yang munasabah setelah segala urusan pengangkutan, penerbangan serta penginapan saya selesai dibuat, saya bersetuju dikenakan tuntutan gantirugi ke atas saya mengikut kadar kiraan yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan, pengangkutan dan penginapan di tanah suci.

2. Pakej umrah yang ditawarkan oleh pihak ALFAJR TRAVEL S/B bergantung kepada kelulusan VISA daripada Arab Saudi.

3. Bahawa saya bersetuju sekiranya sebarang ziarah, perjalanan, makan atau perkhidmatan yang disediakan tidak digunakan oleh pihak saya maka bayaran balik tidak boleh dituntut.

4. Bahawa saya bersetuju membayar sekiranya saya membawa muatan barang melebihi dari yang dihadkan iaitu 20 kilogram untuk kelas ekonomi.

5. Jadual perjalanan yang ditunda bukan atas kesalahan pengurusan pihak ALFAJR TRAVEL S/B menyebabkan jemaah terpaksa menunggu penerbangan untuk beberapa hari sama ada pergi dari Malaysia atau balik dari Arab Saudi, semua makanan, penginapan dan segala urusan yang berkaitan adalah tanggungjawab saya sendiri.

6. Jika ada perubahan malam dari pihak penerbangan, jemaah diminta membuat bayaran tambahan iaitu RM100 untuk pakej Marwah dan RM150 untuk pakej Safar dan Raudhah.

7. Saya bersetuju ditukarkan ke penginapan yang lain setaraf dengan kadar harga samada di Madinah/Mekkah sekiranya penginapan asal yang ditempah telah penuh atau tidak mencukupi.

8. Saya faham dan bersetuju bahawa semua harga yang diiklankan tertakluk kepada perubahan dari pihak penerbangan dan penginapan mengikut hari biasa, musim cuti sekolah bulan ramadhan serta pertukaran matawang asing tanpa notis.

9. Saya faham menjadi satu kesalahan dibawah peraturan kerajaan Arab Saudi, jumlah hari visa umrah yang ditetapkan kepada saya tidak boleh dilanjutkan untuk tinggal dan seterusnya ke musim haji.

10. Jika saya sakit atau berlaku sebarang kejadian di Arab Saudi dimana saya tidak pulang pada tarikh yang ditetapkan maka segala kos yang terlibat ditanggung sepenuhnya oleh saya.

11. Saya juga faham bahawa kehilangan bagasi dalam perjalanan bukan dibawah tanggungjawab Alfajr Travel.

12. Saya juga faham bahawa jika saya membatalkan tempahan ini kurang daripada 60 hari sebelum tarikh penerbangan deposit saya tidak akan dipulangkan.

13. Jika pembayaran penuh telah dibuat oleh jemaah dan jemaah membuat pembatalan kurang 30 hari sebelum tarikh penerbangan wang pendaftaran, tiket dan visa tidak akan dikembalikan.

14. Urusan pemulangan wang atau 'refund' mengambil masa minimum 1-2 bulan serta bergantung daripada pemulangan pihak berkenaan.

15. Pembayaran refund akan dibuat melalui cek syarikat di atas nama jemaah.

Saya mengaku bahawa semua butiran yang diberikan adalah benar dan saya bersetuju akan mengikut jadual serta peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat dan pihak ALFAJR TRAVEL S/B tidak bertanggungjawab di atas sebarang pindaan atau kegagalan visa dari kementerian Arab Saudi.